Pembedahan dan Anestesia Kanun_Perubatan

Dalam bidang pembedahan, Ibnu Sina memerikan trakeostomi (pembedahan untuk membuat bukaan pada trakea melalui kulit untuk membolehkan pernafasan)[72] intubasi orofarinks (bahagian farinks yang berada di antara lelangit lembut dan tulang hioid),[73] dan kaedah bagi menangani kesumbatan saluran yang menyukarkan pernafasan.[74]

Antara bahan yang digunakan dalam anestesia adalah ais dan candu. Ibnu Sina membezakan kesakitan organik daripada kesakitan psikogenik (kesakitan berpunca daripada perkembangan mental). Beliau menggunakan ubatan sedatif dan analgesik, dan ubatan soporifik (ubat yang menyebabkan rasa mengantuk) dalam rawatan beberapa kesakitan yang berpunca daripada penyakit psikologi seperti melancholy (kemurungan). Ahli perubatan Muslim merupakan doktor pertama yang menggunakan ais bagi merawat lecur superfesial. Ubatan anestesia yang menyebabkan tidur nyenyak dalam pembedahan diberikan secara oral, sedutan dan jalan rektum seperti dinyatakan Ibnu Sina yang juga memerikan dos ubatan bagi mencapai anestesia selama tiga atau empat jam yang diperlukan dalam pembedahan amputasi.[75]

Kanun memuatkan penulisan berkaitan 40 tumbuhan yang dianggap mempunyai sifat anestesia dan pemerian terperinci tentang cara menyedia dan memberikan ubatan tersebut. Bahaya yang mungkin timbul daripada penggunaan ubatan tersebut juga dinyatakan dalam Kanun.[76]

Kesakitan

Dalam Kanun, Ibnu Sina mencabar konsep kesakitan yang dipegang oleh Galen. Galen berpendapat bahawa hanya kecederaan (kehilangan kesinambungan) punca kesakitan. Berlawanan dengan pendapat Galen itu, Ibnu Sina menyarankan bahawa penyebab sebenar kesakitan ialah perubahan pada keadaan fizikal organ tidak kira sama ada terdapat kecederaan atau tidak. Ibnu Sina mengembangkan pemerian kesakitan Galen daripada empat ke 15 jenis kesakitan, dan menggunakan peristilahan yang mirip istilah yang digunakan oleh perubatan moden.[77]

Rujukan

WikiPedia: Kanun_Perubatan http://www.sartonchair.ugent.be/en/sarton/biograph... http://baike.baidu.com/view/404079.html http://www.bookrags.com/history/islam-science-tech... http://www.britannica.com/eb/topic-92902/The-Canon... http://www.experiencefestival.com/a/Islamic_Golden... http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?Artic... http://www.muslimheritage.com/uploads/AgricultureR... http://www.unani.com/avicenna%20story%203.htm http://coursesa.matrix.msu.edu/~fisher/hst372/read... http://etd.nd.edu/ETD-db/theses/available/etd-1129...